Friday 6 January 2012

Layang Kong Kong

0 comments
Assalamualaikum kwn2, entry kali ni aku nak syer foto memancing area2 kongkong dan tg langsat.
Trip kali ni agak kurang menarik kerana air besar. Tapi ok la, enjoy la tgk tangkapan ni, ada kerapu saiz hidangan, unga, duri jgn citer la.. Kejadian ni berlaku dlm bulan April 2009.


Tekong : Hj Hashim Melan @ Cikgu Hashim

Bot : 40hp sewa dr Pak Mat....
Area : Kong2,Batu Timbul, Tg Langsat...

Ahli Komplot : Ejumps, Azman, Azhar

Peace..

Layan blues ke?

Tuka..

Berteduh tepi kapal kat area Tg Langsat...

Kerapu saiz sedap makan

Keseluruhan hasil tangkapan... Alhamdulillah atas rezkimu Ya Allah..

Tasek Merdeka suatu tika dulu..

0 comments
Assalamualaikum, untuk entry kali ni, aku nak postkan gambar2 tahun 2009. Ni aktiviti kitorang bila x kelaut, cari la kolam, sungai, tasek asalkan leh lepas gian nak cast joran hehehe.. Foto-foto ni diambil lama dulu, masa tu Tasek Merdeka, Johor Bahru ni baru2 dirasmikan. Diorang adakan pertandingan memancing kat situ, korang mesti taukan, lepas pertandingan mesti la banyak saki baki ikan dalam tasek tu, mana mungkin semua skali org berjaya pancing, so Tasek Merdeka dikala itu (ceewah) menjadi Hot Spot untuk para kaki pancing sekitar Johor Bahru. Mana taknya, ikan gabak2 kat sini.. x caye? moh tgk foto2 ni.. so rileks dan enjoy!
Senjata perang kami..

 
Aku tgh ushar line cari ikan..

Terkepak aku punye mate kail Eupro ni, kalo x ikan besor, mesti xde kualiti ni...

Kasi Setting baik punya

Sarjan Jemang..

Pirana Malaysia a.k.a Pacu

Plate size Pacu

Rileks.. panas

me and my wife yg memahami kerjaya aku sebagai seorg pemancing kehkehkeh

Asal Nama Kail Perak, Sejarah Pancing Kitorang

1 comments

Assalmualaikum, ok guys entry kali ni aku nak citer sket la asal usul nama ni, jangan salah sangka nama Kail Perak ni tak bermakna kami atau keluarga kami atau kucing kami berasal dari negeri Perak ye. Kami smua anak jati Johor. Perak yg dimaksudkan kat sini merujuk pada sebatian perak/ silver..


Ceh gambar nak kencang, Layaran konon hehehe.. Moga2 1 hari tercapai hajat nak pancing layaran ye.


Actually ayah kami semua ni kaki pancing yang boleh dikatakan hardcore. Ayah aku mmg giler gaban hardcore dia, mau taknye, koleksi joran n mesin cukup da nak beli sebijik kete kancil/ viva. Allahyarham ayah Azman pon bleh tahan hardcorenya, tapi aku x dapat nak citer banyak sebab x sempat mengenali beliau. Last skali ayah kepada Din & Wan, merangkap ayah mertuaku, masa muda2 dulu dengar citer aktif dan hardcore, masa tu pulak beliau bertugas dan menetap kat kuantan, mmg syok la sbb byk port mancing.

Diringkaskan citer, kami ni semua ada pertalian saudara kecuali Azman la, tapi da kira macam adik bradik jugak la. Ok, balik semula pada nama Kail Perak ni, ayah aku masa zaman aktif memancing ada team dia sendiri, team yg dia slalu g komplot, paling lama dan yg selalu aku dengar namanya Team Kail Emas. So daripada nama tu, aku suggest pada angkatan komplot aku sebagai tanda mewarisi dan meneruskan legasi memancing ayah2 kami, kita guna Kail Emas Junior. Tapi nama tu macam x berapa kena sebab da pernah ada, ++ kami bukan warga emas, so after discuss punye discuss maka kami sepakatlah dengan satu nama ni, makan pada tahun 2009, x pasti hari dan bulan ape, lahirla Kail Perak Crew.. Saje je suke2, nak gak ade name tim dan trademark. Dari situ bermulalah aktiviti komplot kami hampir setiap minggu.

Sekarang aktiviti kami terhad sebab Din dan Wan bekerja kat Nilai dan balik Johor skali skala je. Tinggal la aku, azman & azhar. Tu pon terpaksa dihadkan juga, almaklum aku ni freelance wedding photographer, bile time cuti, masa tu la sibuk cari rezeki, Azhar plak kene reman 9 bulan, hehehe aku rasa kaki pancing mesti tau  punye reman sebab apa. So tinggal la Azman, abes tu takkan nak g sorg2, ape kelas.. Dalam masa yg sama kami pon da ade crew baru, Muzammil @ Mil, anak sedara wife aku.. Insya'allah tahun ni akan lebih ligat utk aku dan Azman test lubok dan port2 mancing baru..

So tu la sket aku leh syer pasal Kail Perak Crew ni.. Lain kali aku cite panjang2 lagi ye.. Bubye, Adios Muchachos..

Thursday 5 January 2012

Blog Baru, Nama Lama & Crew Baru

0 comments
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Pancing..
Selamat datang ke blog baru kami, blog ini terpaksa dibuat semula kerana Admin dah lupe password utk blog lama, maklum la dah semakin berumur ni kehkehkeh.. Kat sini kami akan syer segala, kenangan, pengalaman, foto dan hasil tangkapan kami sepanjang menJEBAKkan diri dalam sukan memancing ni (eh mancing ni sukan ke?). Actually kami dah ada blog sebelum ni, tapi Admin da lost password. Kalau korang nak tgk bleh la g www.kailperak.blogspot.com ye. Selamat blog hoping n selamat memancing..


P/S : Ni foto poyos ala2 memancing kat Jepang gitew... hehehe