Tuesday 3 April 2012

Penderhakaan Si Pemancing

1 comments
Kisah penderhakaan si pemancing yang menyusun trip secara senyap tanpa pengetahuan aku, selaku chief de mission.  Memang derhaka mereka sbb senyap2 je plan, tau2 da ade kat port mancing, tetiba shj call tanye khabar, ape kejadahnye? 7 tahun kenal x pnah tanya khabar, tetiba je tanya. Rupe-rupenye nak menderhaka. Eeeee geram aku, lg2 dgn si Azman. Nnt korang.
So aku x dpt citer panjang sbb aku tiada semasa kejadian. Korang layan je la gambar2 si penderhaka untuk trip senyap2 kat Kolam Memancing Mambau, Negeri Sembilan.





























Hmm mmg derhaka btul pegi x ajak.. 

Suke2 lepas gian

0 comments
Kadang2 bile sawan memancing datang, tgh2 malam pon sanggup pergi mancing, x kira sorang ataupun berkumpulan. Beberapa minggu lepas aku terkena karen yg kuat amat, menggigil2 nak mancing, akhirnya ku layan mancing sendiri, kat port super duper secret ikan keli aku dan Kolam Memancing Xtra, Teluk Jawa.
Layan je la trip suke2 lepas gian aku.







 

Ni la pewaris aku, kecik2 da sibuk nak ikut pergi mancing, 1 hari nnt ayah akan bawak pergi mancing tapi sekarang, belum masanya lagi

Megatron the return

0 comments
Dek kerana kekangan masa dan kewangan yg x berapa mengizinkan, aku & Azman x trn ke laut bln lepas. Bukan apa, tapi mempersiapkan diri untuk trip ke Tioman yang akan datang so kene jimat2 belanje. Mcm mana pun, ke'stim'an dan ketagihan seorang kaki pancing, x dpt nak dibendung. So sebagai melepaskan gian kitorang telah wat trip the return ke kolam Megatron kat Kulaijaya, kolam yang terakhir kali kitorang datang tahun 2010. Hah sentapan ikan punya pasal 2 minggu straight repeat kat kolam  ni. Hasil x banyak tapi cukup memuaskan hati kerana saiz ikan yang seperti biasa 'bagak-bagak'. Ok, layan gambar lg best kan so layan la puas2.

Terjah 1st week 
Kolam Megatron Kulaijaya, lokasinya sebelah kiri jalan Kulai - Kota Tinggi

Tarikan pertama..

Layang tarikan ikan saiz bagak

Hah ni hasilnya, Rohu skala 4.5kg ++
 

Besar mulut, umpan terbaik kat sini hati/ perut ayam.


Suke la tew...


Amacam besar x?

Kali ni turn aku plak, Patin skala 8kg ++

Rekod peribadi aku kategori Fresh Water
 
 
Berat woo, lenguh aku layan, dekat 10 minit.. skrg aku percaya, ikan air tawar pon mampu kasi tentangan yg hebat sehebat ikan air masin.

As usual kat sini mengamalkan sistem CnR, eleh kalo bwk balik pon x sedap mkn la der, kualiti air teruk..

Terjah 2nd Week
Kali ni kami terjah kolam Megatron lagi sebab ada tetamu dari KL yg blk JB ajak pi mancing, tp kerana dia punya waktu yg sgt2 limited, so kitorg bwk la g kolam Megatron, nak bwk pegi laut x syok la stakat mancing 3-4 jam kan kan kan? Apepun Heazill, sori byk2 x dpt bagi ko rasa tarikan ikan megatron sbb ko blk awal, aku dan man je yg seronok layan Baung skala besar.. tengok gambar je la, next time ko balik sini, kite plan turun kong2.


Kolam ni femes dikalangan kaki2 casting sbg kolam latihan, tgk rr ni casting badan tu ekekekeke

Baung pertama Azman naikkan skala 4.8kg ++

 
Baung kedua aku naikkan skala 2kg++

Besarkan keli afrika ni? tgk kepala je da tau.

Ultraman..

So harap korang puas tgk hasilnya. Bg sapa2 yg x pernah rasa tarikan ikan mega, bleh la ke sini untuk test power, lg 1 aku nak pesan, jgn pandang rendah pada kekuatan ikan kolam ni, silap2 terjun kolam joran korang bg pinjam ikan. Pastikan korang duduk berdekatan dgn joran, kami hampir2 wakafkan 2 btg joran kat sini huhu.. bayaran masuk cume RM22 dan waktu memancing dari pukul 9.30 am - 7.30 pm.
Ok adios muchachos...