Wednesday 11 June 2014

Kecundang di Serkat

0 comments

Penghujung Februari yg lalu kami telah merancang satu trip memancing di perairan Tanjung Piai, Serkat, Pontian, Johor. Trip kali ni hanya aku dan Man yg pergi. Setelah selesai semua persiapan tiba harinya kami berangkat ke jeti nelayan Kampung Serkat. Misi kami ingin mencari Kerapu Boron. Malangnya keadaan arus dan cuaca tak menyebelahi kami. Selain umpan sotong cumek yg kurang timbul pada malam tu. Misi berakhir kira2 jam 2.00 pagi kerana kehadiran ribut yg tidak diundang. Insya'allah kami akan kembali lagi untuk menduga perairan ni.

Sunday 16 February 2014

Jom Merakit di Johor Lama!

2 comments
Sungai Johor memang famous sebagai salah 1 destinasi memancing terbaik di negeri Johor.
Pelbagai spesies ada disekitar perairan ni. Antara spesies buruan yg sangat sinonim dgn Sungai Johor ialah sang kakap @ Siakap @ Amoi @ Barramundi, selain dari tu spesies Tanda, Tebal Pipi, Pari & Kerapu juga tangkapan yg famous kat sini. Ada jugak spesies lain, tp agak rare di lokasi ni, contohnya udang lipan, senangin, tenggiri juvana, jenahak, merah dll. Setelah lama terjebak dalam dunia hanyir ni, kami da test merakit hampir semua rakit yg ade kat sg Johor ni. Ikut dr experience yg lepas2, setakat ni Rumah Rakit area Johor Lama @ Telok Sengat & Tanjung Buai adalah yg terbaik dari segi hasil tangkapan.

Cukup la mukaddimah yg panjang ni. Nak dijadikan cerita, aku & man plan sesi memancing ringan2 kat rakit Johor Lama pada 17/1/2014, antara rakit yg glamer kat sini, rakit Haji Mahadi, ade rakit putih, rakit beting, rakit hijau & rakit tukun. Tarikh yg kami pilih ni jatuh pada public holiday, cuti sempena Thaipusam. Nasib baik dah book awal2, tu pon kami terpaksa berpuas hati dapat rakit putih, sedangkan ikut plan awal nak ke rakit tukun. Public holiday la katakan, sure ramai kaki pancing turun. Biar la gambar berbicara, hasil Alhamdulillah, tp saiz gadang x kelihatan pulak kali ni..

Geng komplot.. Azman, Din & geng baru Am

1st time g komplot aku xyah drive hihihi tq Azhar

Ni Upah azhar drive kete.. pari sekilo lebih.. ni mcm sangkut badan je.. leh kira point ke? hihihi


Muka ada senyum..

ok lesen 2014 aku, tanda curut, jd la..

Kasar gelama azhar


Yg ni aku terkilan, joran da lentur abes, karau punye karau terlucut plak, mesti glamer ni da mkn umpan pastu datang sang kerapu baham, syg x hook up, xde rejeki gua..

Belangkas pon ado..


mancing tebal pki yoyo hihihi

Lesen tebal 2014 aku, jadi la yg curut, janji renew hehehe

Pagi2 da naik yg ni.. pki yoyo lg.. udang lipan @ udang boxing.. jaga2 tanduk dia tajam woo



Penutup komplot, aku dgn tanda juvana


Hasil kesuluruhan, byk glamer da..





Penat mancing mesti lapor, so xde tempat lain yg nak dituju selain Mak Lam Seafood Telok Sengat.. mmg tiptop, terbaik n murah..

Penutup Tirai 2013 | Bal Bal Bal...Pengelih

0 comments
Setelah agak lama kesibukkan dengan kerja sepanjang tahun 2013, akhirnya dapat gak curi2 time untuk lepas gian. Trip yang dirancang sebulan sebelum dapat jugak dilaksanakan. Seperti dijanjikan, pagi 25/12/2013, berkumpul la aku & man serta 2 org officemate dia dr UniKL JB kat warong nasi lemak simpang sungai latoh, port wajib utk sarap kitorg bila turun kong2. Lepas siap isi perut kitorang terus gerak ke jeti, tekong Abang Zul da tunggu dr subuh.. kitorang sampai pukul 8.30 pagi dan boleh dikatakan agak lewat sbb ada yang bangun lambat. Misi kali ni nak menjejak 'Game Fish' Tanjung Pengelih, ikan Tebal Pipi.
Alhamdulillah, ada la jugak hasilnya walaupun x banyak... 



Sarap dulu... isi perut siap2, tapi x leh full loaded, kang x pasal2 unloaded tgh laut...




We share the same interest.. Fishing & Liverpool


Pemandangan sekitar perairan Pengelih

1st Tebal milik Azman, abg zul tolong pose je hehehe

YNWA

Tgh layan ikan..


Tebal pipi penutup aku 2013..

Hasil keseluruhan trip kali ni..