Sungai Johor memang famous sebagai salah 1 destinasi memancing terbaik di negeri Johor.
Pelbagai spesies ada disekitar perairan ni. Antara spesies buruan yg sangat sinonim dgn Sungai Johor ialah sang kakap @ Siakap @ Amoi @ Barramundi, selain dari tu spesies Tanda, Tebal Pipi, Pari & Kerapu juga tangkapan yg famous kat sini. Ada jugak spesies lain, tp agak rare di lokasi ni, contohnya udang lipan, senangin, tenggiri juvana, jenahak, merah dll. Setelah lama terjebak dalam dunia hanyir ni, kami da test merakit hampir semua rakit yg ade kat sg Johor ni. Ikut dr experience yg lepas2, setakat ni Rumah Rakit area Johor Lama @ Telok Sengat & Tanjung Buai adalah yg terbaik dari segi hasil tangkapan.
Cukup la mukaddimah yg panjang ni. Nak dijadikan cerita, aku & man plan sesi memancing ringan2 kat rakit Johor Lama pada 17/1/2014, antara rakit yg glamer kat sini, rakit Haji Mahadi, ade rakit putih, rakit beting, rakit hijau & rakit tukun. Tarikh yg kami pilih ni jatuh pada public holiday, cuti sempena Thaipusam. Nasib baik dah book awal2, tu pon kami terpaksa berpuas hati dapat rakit putih, sedangkan ikut plan awal nak ke rakit tukun. Public holiday la katakan, sure ramai kaki pancing turun. Biar la gambar berbicara, hasil Alhamdulillah, tp saiz gadang x kelihatan pulak kali ni..
Geng komplot.. Azman, Din & geng baru Am
1st time g komplot aku xyah drive hihihi tq Azhar
Ni Upah azhar drive kete.. pari sekilo lebih.. ni mcm sangkut badan je.. leh kira point ke? hihihi
Muka ada senyum..
ok lesen 2014 aku, tanda curut, jd la..
Kasar gelama azhar
Yg ni aku terkilan, joran da lentur abes, karau punye karau terlucut plak, mesti glamer ni da mkn umpan pastu datang sang kerapu baham, syg x hook up, xde rejeki gua..
Belangkas pon ado..
mancing tebal pki yoyo hihihi
Lesen tebal 2014 aku, jadi la yg curut, janji renew hehehe
Pagi2 da naik yg ni.. pki yoyo lg.. udang lipan @ udang boxing.. jaga2 tanduk dia tajam woo
Penutup komplot, aku dgn tanda juvana
Hasil kesuluruhan, byk glamer da..
Penat mancing mesti lapor, so xde tempat lain yg nak dituju selain Mak Lam Seafood Telok Sengat.. mmg tiptop, terbaik n murah..