Thursday 9 February 2012

Kelong Acheh 2009

Tarikh : 8 & 9 Mei 2009
Tempat : Kelong Acheh, Penyabong, Johor
Kekuatan : 5 orang


Salam geng2 pancing, kali ni plak aku nak post pasal trip kami ke Kelong Acheh tahun 2009. Pertama kali kami ke sini dan hasilnya boleh2 saje. Mungkin x sesuai airnye masa tu. Tapi makan kat sini mmg superb!!
Malas aku nak bebel panjang2. Layan je la gambar2 ni semua. Chek it out...Sreeeeetttttttt


Perjalanan kami dimulakan seawal jam 4.00 pagi selepas selesai tengok perlawanan bola sepak Liga Juara-juara Eropah, Semi Final antara Barca & Chelsea yg menyaksikan Chelsea kene ayam kehkehkeh.

Kami sampai di Mersing lebih kurang jam 6.30 pagi. Kami berhenti untuk bersihkan diri dan solat subuh di Masjid Kg Sri Lalang, terletak tepi jalan menuju ke Endau. Kami teruskan perjalanan lebih kurang jam 7.00 pagi menuju ke Penyabong dan kami tiba di jeti jam 8.30 pagi. Memandangkan bot hanya sampai di jeti jam 10.00 pagi, so kami ambil peluang untuk sarap dan berehat sekejap, lagi2 aku yg drive ni, mmg x ckp tidur.

Pemandangan Kelong Acheh dari jauh.

Sampai sudah ke Kelong Acheh

Petang hari pertama kami dilanda ribut, tapi lg hebat ribut malam tu.. mcm nak roboh kelong.


Tangkapan pertama : Barracuda juvana

Tangkapan Kedua : Pari Bintik

Pari Bintik kedua malam tu

Man suka bila berjaya pancing si Telinga Gajah ni, satu malam dia cr idea mcm ne nak dptkan dan akhirnya berjaya gak dia ni.. mmg ade saka mamat ni ekekeke


Hasil keseluruhan trip pertama ni boleh2 la, kami akan kembali lg untuk buktikan Kelong Acheh mmg ade khazanah dasar laut yg terbaik.



 Bergambar kenangan sebelum balik.. Selamat tinggal Kelong Acheh, kami akan kembali lg..
  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo

0 comments:

Post a Comment